Followers

Wednesday, June 30, 2010

IDEA UTK ENGLISH DEKO

Tak habis-habis lagi persiapan untuk raya.
Hari ini mummy nak berkongsi idea lak camana nak
buat english deko. Ini bukan rumah mummy tau...mummy dapat dari
web gak. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan idea untuk
menghias.

Cantik kan...sweet sangat.

Kalaulah dapur mummy macam ni...
takut nak guna..

cantiknyer...


kotak ni dah lama mummy cari...
cuma belum beli hehehe


Monday, June 28, 2010

SESUAIKAH LANTAI KAYU LAMINA DENGAN GAYA INGGERIS?




Ramai yang bertanyakan soalan inikan. Mungkin ianya tidak semudah yang disangka. Namun pada pendapat zures...semua itu bergantung pada kreativiti individu itu sendiri. Berbagai cara dan idea boleh digarap untuk menyuaipadankan lantai tersebut dengan konsep yang diinginkan. Apa yang penting rumah nampak kemas dan teratur. Dibawah ini ada artikle tentang lantai kayu berlamina. bagi sesiapa yang berminat bolehlah membacanya sebagai panduan dan pengetahuan. Mungkin ada yang berminat untuk bertukar kepada lantai jenis ini pula kan.


LANTAI KAYU BERLAMINA

LANTAI adalah kemasan yang menutup tanah supaya penghuni rumah dapat berjalan dan berpijak dengan selesa. Lantai besar fungsinya kerana menerima dan menanggung beban hidup dan mati.

Beban hidup yang dimaksudkan ialah berat manusia serta peralatan manakala beban mati adalah berat bangunan membabitkan kemasan lantai serta struktur bangunan. Lantai turut memainkan peranan penting dalam keperluan ruang. Tanpa lantai sempurna, aktiviti manusia di ruang kediaman terganggu.

Lantai kayu mesra alam, selesa dipijak dan tahan lama.

Lantai kayu mesra alam, selesa dipijak dan tahan lama.

Pelbagai pilihan bahan kemasan ditawarkan namun pastikan yang dipilih mengikut kesesuaian seni bina, konsep reka bentuk dalaman selain aktiviti dijalankan.

Bagi aktiviti membabitkan air seperti di bilik mandi, anda disyorkan memilih kemasan lantai tidak resap air dengan permukaan tidak licin.

Kriteria memilih kemasan lantai

Pemilik perlu bijak mengenalpasti kemasan lantai yang mampu menonjolkan konsep kediaman mereka. Ini kerana, pemilihan lantai menarik berupaya membantu mengindah serta menyerikan ruang kediaman. Namun, pemilihan tidak semestinya berdasarkan cantik semata-mata sebaliknya dipastikan praktikal, selamat, sihat dan mesra alam.

Pemilihan jenis bahan dan kemasan lazimnya ditentukan berdasarkan faktor jenis serta kualiti kemasan digunakan.

Antara kriteria yang perlu diberi perhatian sebelum memilih jenis dan kemasan lantai ialah:

  • Ketahanan terutama bagi ruang yang sering digunakan.
  • Kos penggunaan bahan, pemasangan dan penyelenggaraan yang membabitkan masa,tenaga serta perbelanjaan.
  • Mengambil kira aspek estetika dan praktikal khususnya bagi keperluan seni bina.
  • Keperluan kepada kawalan menyerap kesan bunyi dan akustik.
  • Mampu menyaring dan menyerap cahaya yang boleh memberi kesan menarik di ruang.
  • Memenuhi kod kawalan kebakaran dan keselamatan.

Idea memilih lantai kayu

Pilihan lantai tepat selain mencipta suasana hangat semula jadi di ruang juga berupaya menyerap bunyi. Ini mengilhamkan pilihan lantai kayu yang ditonjolkan di bilik tidur, ruang tamu dan ruang tamu.

Lantai kayu yang digandingkan dengan kemasan lain seperti marmar mampu menonjolkan kelainan. Gandingan dua bahan ini serasi disebabkan corak serta nada warnanya semula jadi.

Namun, ramai juga keberatan memilih lantai kayu kerana faktor harga mahal, sukar dijaga selain merasa bertanggungjawab memelihara alam sekitar.

Begitupun, menerusi teknologi, masyarakat masih boleh menyelamatkan bumi dan mengurangkan kesan negatif meskipun memilih lantai kayu, dengan syarat bahan dipilih adalah jenis kitar semula.

Tidak dinafikan, suatu ketika dulu lantai kayunya kurang mesra alam dan tidak menjimatkan kerana dipasang menggunakan bahan perekat dan paku. Cara ini menyebabkan sebahagian besar lantai itu rosak dan tidak boleh diguna semula kala berpindah rumah.

Masalah ini selesai setelah teknik pemasangan kekunci yang menekankan penyambungan baru tanpa paku dan bahan perekat diilhamkan. Menerusi cara baru ini, pengguna boleh membuka semula lantai kayu jika ingin memasangnya di tempat lain. Lantai berkenaan mampu bertahan lama jika dijaga dengan baik.

Pilihan lantai kayu

Dua pilihan lantai kayu iaitu kayu padu dan berlamina. Lantai kayu padu secara teknikalnya, berciri tahan cuaca dan tidak mudah dimakan anai-anai. Kayu berlamina pula lebih murah berbanding kayu padu selain mempunyai kelebihan mudah dijaga, tidak menyerap air dan tidak mudah calar.

Kayu jati, oak dan merbau adalah sebahagian lantai kayu padu. Kayu merbau paling digemari kerana menampilkan keaslian warna dan ira kayu.

Menerusi konsep kitar semula, lantai kayu padu akan ditukarkan kepada lantai berlamina. Selepas melalui proses kitar semula, lantai berlamina berkenaan dijual dengan harga jauh lebih murah, pelbagai warna namun mempunyai ira kayu sama dengan kemasan kayu padu.

Terserah kepada pengguna membuat pilihan lantai kayu bertepatan cita rasa dan gaya penataan. Biasanya, faktor harga menjadi kayu ukur. Harga lantai ini biasanya bergantung ketebalan, kemasan permukaan serta jenis kayu.

Di pasaran, lazimnya, lantai kayu berlamina dijual di sekitar harga RM7 hingga RM13 untuk sekaki persegi sedangkan lantai kayu padu harganya berlipat kali ganda dari itu.

Tip Penjagaan Lantai Kayu

Mengetahui asas penjagaan kemasan kayu penting bagi mengekalkan keaslian serta jangka hayatnya. Menjaganya dengan baik juga dapat mencegahnya daripada reput dan rosak. Justeru, anda disyorkan:

  • Jangan guna kain mengelap yang basah tetapi lap lantai dengan kain kering. Ini kerana air menyebabkan kayu menjadi lembap seterusnya cepat rosak. Sewaktu membersih, gunakan cecair pembersih khas untuk kayu.
  • Hamparkan alas misalnya permaidani dan tikar di bawah perabot serta kelengkapan. Langkah ini bagi mengelakkan lantai calar akibat bergeser dengan perabot.
  • Jangan seret, tarik dan tolak perabot berat tetapi angkat perabot itu. Geseran perabot meninggalkan bekas yang memburukkan lantai.
  • Lindungi lantai yang kerap dipijak dengan permaidani. Namun, pastikan permaidani berkenaan mempunyai cengkaman kuat dan tidak mudah bergeser.
  • Hindari menumpahkan cat dan simen di lantai kerana bahan berkenaan mudah menyerap dalam kayu. Bersih segera lantai sebaik terkenan tumpahan supaya ia tidak menyerap jauh ke dalam hingga merosakkan struktur kayu.

Friday, June 25, 2010

REKABENTUK LAMPSHADE

Mari-mari....sila buat pilihan. Ada aneka pilihan lampshade di sini untuk
dijadikan contoh ye. Sesiapa yang berminat tu bolehlah
mencari tempat mana yang ada jual atau tempah.
Zures tempek je gambar. Mana tau boleh jadi ilham
dekorasi rumah pada hari raya nanti.









gambar kredit dari blog ni http://www.paintmewhite.com/

Thursday, June 24, 2010

DEKO GAYA ENGLISH COUNTRY

Di bawah ini adalah gambaran macamana
gaya deko english country.
Cantik juga...cuma zures tak berapa minat
kalau yang ada gambar-gambar haiwan tu.
Yang selalu zures nampak adalah ayam.
Tapi bila tengok kat rumah member-member yang
cantik juga.





Kalau perasan...english country ni xder bunga-bungakan.
Corak fabrik pula lebih kepada jalur dan kotak-kotak.
Ok selamat menjamu mata untuk hari ini.
Semoga mendapat idea yang dari apa yang
zures paparkan untuk kali ini.

Wednesday, June 23, 2010

Kreativiti gantung potret


Menggantung gambar memerlukan ilham serta sentuhan kreatif. Elok susunan serta indah elemen yang ditonjolkan, bukan saja mengundang perhatian tetamu, malah apa yang dipamerkan mampu menambah nilai karya seni itu.

Bagi yang mencari teknik dan panduan menghias dinding khususnya menggantung gambar, petua pakar hiasan dalaman, Roddie Harris boleh dicuba.

Harris berkata, perkara pertama yang perlu dibuat sebelum menggantung gambar ialah menetapkan titik tumpu di dinding. Cara ini amat berguna bagi sekelompok gambar, lukisan atau foto.

“Susun atur paling kreatif ialah menempatkan secara berkelompok gambar berukuran kecil untuk digabungkan dengan gambar lebih besar dan objek beraneka saiz. Pastikan setiap gambar disusun rapat,” katanya.

Paras ketinggian gambar yang ingin digantung terpulang kepada luas dinding dan selera peribadi namun, untuk impak terbaik, pastikan gambar diletak separas atau bawah sedikit dari paras mata. Sebaiknya, gambar itu disusun dalam kedudukan lurus dan jarak tepat jika mahu ia dilihat seimbang dan harmoni.

Bagi dinding menempatkan sofa dan laci, pastikan gambar atau objek yang digantung berjarak rapat dengan perabot itu. Selain menjamin kesan visual yang baik, gambar yang digantung jauh dari kelengkapan berkenaan kelihatan seperti tergantung sekali gus janggal dipandang.

Sewaktu merancang memenuhi dinding dengan gambar dan perhiasan, kenal pasti dulu bahagian tengah dan titik pusat dinding. Seterusnya, mulakan menggantung gambar di penjuru paling kanan dan kiri dinding sehingga mendekati titik tengah yang ditetapkan.

Michael Houghton, seorang lagi pakar hiasan dalaman turut menyediakan teknik menggantung gambar dengan betul menerusi artikelnya di laman web http://www.bhg.com.

Houghton berkata, ketinggian tepat gambar dan objek yang ingin digantung mampu diagak dengan meminta bantuan individu lain memegangnya. Cara ini membolehkan anda menilai sama ada kedudukan gambar digantung senget atau terlalu tinggi.

Selain itu, paku perekat dicadangkan Houghton bagi menstabilkan kedudukan gambar. Namun, ini tidak digalakkan bagi dinding berhias kertas kerana membuatkan kertas itu tercarik.

Bagi yang ingin menggantung himpunan gambar, sediakan dulu lakaran susun atur atau rangka gaya susunan di lantai. Selain mendapatkan gambaran keseluruhan susunan gambar, anda juga boleh menukar perancangan susun atur tanpa perlu mencabut kembali paku dan skru yang boleh merosakkan dinding.

Berita Harian

Tuesday, June 22, 2010

PRODUK BARU VANTAGE

Sekarang Vantage dah banyak mengeluarkan perabut rumah lak.
Tadi sempat aku usha-usha katalog online vantage...
memang cantik. Harganya pun boleh tahan. Cuma satu yang menjadi kegusaran
adalah warna fabriknya yang putih itu. Dahlah kat rumah aku tu
ramai askar...aduyai..boleh menangis aku seandainya
air milo tertumpah di atasnya. Pernah juga aku terdengar yang kain dari vantage
ni jenis yang tak terus resat air...atau macam tulah. Aku kurang pasti.
Sesiapa yang tahu tentang fabrik vantage ni tolong bagitahu ye.
Sila lah ye jamu mata...
raya dah nak dekat ni..
(psssttt....aku bukan dealer vantage)
sesajer je...






IDEA DEKO

Pelbagai idea deko untuk panduan anda. Tak lama lagi nak rayakan...
Suka sangat dengan cat rumah ni yang lembut dan nampak redup.
Cantik dan bergaya. Bagi sesiapa yang ingin mencuba bolehlah mengaplikasikannya
di rumah anda.


Gambar dari berita harian.



Monday, June 21, 2010

JENIS-JENIS SOFA









Raya dah nak dekat wey....bagi sesiapa yang berura-ura nak beli sofa untuk raya nanti..ni aku tempekkan gambar-gambar ye. Gambar-gambar ni aku ambil dari web fella. So kalau nak lebih jelas pergilah ke Fella.

Wednesday, June 16, 2010

BAK MAHLIGAI EROPAH





Teruja sangat-sangat dengan kemewahan perabot pada kediaman ni.
Saja zures tempek kat sini...mana tau kalau-kalau ada yang ingin mencuba
konsep yang pastinya mewah ini.

Pengurus hias pangsapuri ibarat kediaman mewah hasil padanan perabot klasik warna emas, rona kuning diraja

CABARAN paling getir menghias apartmen keluasan terhad adalah usaha menentukan perabot, kemasan dan aksesori. Lebih sukar andai pemilik kediaman mempunyai selera besar terhadap perabot klasik bersadur emas, berhias kerawang serta berukuran besar.

Namun, Nazri Ismail membuktikan minat dan cita rasa tidak patut disekat sebaliknya dijadikan tunjang utama kala menzahirkan kediaman impian. “Saya peminat nombor satu perabot klasik cita rasa Eropah khasnya yang mengutarakan kemasan keemasan. Namun, saya akur dengan kekangan ruang yang tidak mengizinkan saya membeli set lengkap perabot itu.

“Jadi, saya hanya pilih yang mana sesuai serta menepati fungsi ruang saja. Kemudian, baru dirancang susun atur khusus untuknya supaya ruang kekal lapang biar diisi perabot mewah hiasan,” katanya yang mendiami apartmen mewah di tengah-tengah Kuala Lumpur itu sejak 1995.

Jejaka berasal dari Alor Setar, Kedah itu berkata, penjagaan dan penyelenggaraan perabot mewah bukan saja rumit malah turut menuntut pengorbanan masa dan juga tenaga. Sebaik sampai tempoh, perabot kepunyaannya itu perlu dibersihkan dengan bahan kimia khas yang disyorkan pakar perabot.

“Begitupun, ia tidak boleh terus dicuci sebaliknya kerangkanya perlu dilap menggunakan kain kering. Jika tidak, hilanglah seri dan kilauan perabot krom (besi bersalut kromium) ini ,” katanya yang bertugas sebagai pengurus.
Tidak cukup dengan warna keemasan, Nazri juga amat berminat dengan rona kuning lalu menjadikan warna itu tonggak hiasan dalaman yang terserlah pada langsir, kertas dinding, candeliar, sofa kulit di ruang menonton, permaidani malah seisi hiasan dalaman bilik tidurnya.

“Saya sukakan suasana mewah bak istana Eropah. Tiada cara lain sesuai menggambarkan tempat itu melainkan penggunaan warna kuning perabot dan kemasan disulami hitam melalui kusyen hiasan gambar mahkota diraja.

“Bagi menyemarakkan lagi suasana, saya pilih siling lepa kumai corak kerawang keemasan,” katanya berkongsi penggunaan warna kuning di apartmen seluas 1,322 kaki persegi berkenaan.

Ruang sempit ada kalanya membantutkan pelaksanaan susun atur namun Nazri yang enggan tunduk dengan kekurangan itu sebaliknya memilih cermin sebagai penyelesaian dalam bentuk hiasan dinding serta turut dijadikan sebahagian kemasan pintu bilik.

“Bagi saya cermin amat membantu dari segi memberi impak luas terutama ruang penting seperti ruang tamu. Malah ada kisah lucu di sebalik cermin ini yang mana seorang kenalan menyangkakan ada ruang lain bersambungan dengan ruang tamu. Dia sudah bersedia hendak melangkah ke ruang itu namun tidak melakukannya sebaik dimaklumkan ruang dilihatnya itu adalah cermin,” katanya.

Begitupun, pilihan cermin hiasan Nazri bukan sembarangan tetapi yang memaparkan pengaruh gaya Eropah mencuri perhatiannya. Selain itu, dipastikan juga cermin penghias dinding lebar serta tingginya seiring dengan kabinet hias mencecah siling.

Dalam pada ruang meriah aksesori dan mengutarakan dominasi perabot besar, hak bersendiri tetap menjadi pegangan utama Nazri kala menghias.

Ini diperlihatkan melalui pembentukan ruang menonton menggantikan balkoni manakala ruang makan ditempatkan berdekatan ruang dapur. Pelan lantai begini selain dilihat memudahkan aliran pergerakan juga dianggap memberi keselesaan baik kepada tetamu mahupun penghuni rumah.

“Oleh kerana balkoni luas, saya ubahsuai tempat itu menjadi sebahagian ruang kediaman. Dulu, saya tempatkan ruang makan di situ manakala ruang menonton bersebelahan dengannya. Lama-kelamaan macam tidak kena pula apabila aktiviti menonton terganggu bukan saja oleh perbualan bahkan orang yang lalu lalang.

“Masalah selesai sebaik ruang menonton dialih kedudukan ke balkoni. Selain aman gangguan, suasana terbuka tempat itu sesuai dijadikan tempat bersantai dan beristirahat,” katanya.

INFO: Kediaman Nazri Ismail
  • Jenis apartmen
  • Berkeluasan 1,322 kaki persegi
  • Gaya penataan klasik diadun dengan pengaruh istana Eropah
  • Perabot bersadur keemasan digandingkan perhiasan warna kuning Diraja.
  • Gantungan cermin berukuran suku dinding di ruang tamu memberi kesan luas secara ilusi.
  • Memilih pencahayaan romantik dan lampu boleh laras bagi menyerlahkan ciri eksklusif ruang.
  • Balkoni diubahsuai menjadi ruang menonton demi suasana santai kepada penghuni dan tetamu.

  • Tuesday, June 15, 2010

    PELBAGAI PATTERN LANGSIR






    Raya dah nak dekat, mesti dah ramai yang terfikir kat mana nak
    cari pattern langsir. Rumah mama gee pun awal-awal lagi dah tukar
    langsir. Cayalah mama gee memang kreatif bunga-bunga tu.
    Berikut pattern-pattern langsir yang dapat zures uploadkan.
    Semoga yang sedang tercari-cari langsir tu bolehla mengambil tip dari sini.
    Rumah zures pun tak tukar-tukar lagi langsir. Ada sesiapa kat sini
    yang jual langsir??? sila tinggalkan komen dibawah ye. Zures akan
    hubungi kemudian.