Followers

Wednesday, September 29, 2010

Satu-satunya...

Satu-satunya gambar masa raya hari tu.
Muka masing-masing sedih sebab tak balik kampung.

Baju pun dah tak ada sedondon dah. Anak-anak takmo baju sama.
Payah betul bila tak faham citarasa ibu.


Satu-satunya kuih yang mummy buat masa raya.
Yang lain semua tunjuk-tunjuk je.
Inilah juga satu-satunya kuih yang cepat habis.



Satu-satunya gambar juadah...
Entah apa fesyen ambil gambar macam ni pun tak tau.
Ini kerja si kakak la ni..mummy suruh ambil gambar juadah tu...
tengok-tengok gambar bekas nye saja yang diambil.
Nasib baik bekas lawa la jugak hik...hik...hik...

Itulah dia kisah satu-satunya hari ini. Buat suspen je kan.
Jumpa lagi...hari ni mummy mc lagi 2 hari..
sempat godek-godek tenet ni...

Tuesday, September 28, 2010

Selamat Pagi Semua...



Sorry kawan-kawan...tuan blog tengah mengalami kemerosotan kesihatan.
Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ini ye...n klik-klik sekali...nanti andai kesihatan telah
kembali pulih mummy akan menjejaki kalian semula.
Salam sayang buat semua.


Tuesday, September 21, 2010

Salam bertemu kembali...


Setelah penat berhari raya disamping bergembira bersama keluarga dan taulan...akhirnya bertemu kembali di alam maya ini. Mesti happykan sambut raya hari tu...Buat mummy biasa-biasa sahaja...setelah ketiadaan ibu dan ayah. Sedih sangat tapi telan jelah kesedihan tu. Apa yang penting anak-anak mummy happy dah cukup buat mummy. Gambar masa raya belum upload lagi...dan tak banyak pun ambilnya...nanti bila ada masa mummy uploadkan ye..

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin

Semoga berjumpa lagi selepas Aidilfitri nanti.
Berhati-hati semasa memandu...
Ingatlah insan yang tersayang...

Thursday, September 2, 2010

MUSIM KUIH RAYA PULA

Inilah antara kuih-kuih yang mummy oder.
Sorry nama kuih serius mummy tak ingat sebab
masa nak oder tu pakai tanda je dekat borang yang dah
disediakan. Apa yang mummy tau kuih-kuih ni adalah
kuih favourite mummy. Tiap-tiap tahun mesti oder.
Tapi biasalah tiap-tiap tahun harganya pasti berbeza.
Makin naik ye...bukan makin turun begitu juga dengan
saiz kuihnya makin kecil...adess...
Bila agaknya mummy nak belajar buat kuih ni ye..

Banyak ni pun dah seratus lebih...


Yang purple tu tart blueberry kalau tak silap.


Kuih ni rasa oren...sedap...

Wednesday, September 1, 2010

TABLE LAMP DAH SAMPAI

Hari ini mummy nak bagitahu yang tamble lamp yang mummy oder hari tu dah sampai.
Alhamdulillah...ianya sampai dengan selamat tanpa cacat celanya. Packing pun kemas
dan cantik. Terimakasih ye Ros...Mummy suka sangat dengan table lamp ni.
Cantik dan klasik.





Abaikan kotak-kotak yang kat belakang tu ye.
Ambil gambar ni kat ofis tau...kamera mummy yang kat rumah tu
dah uzur sangat-sangat.