Followers

Thursday, December 29, 2011

Rumah Idaman


Style umah omputih ni...dengan kawasannya yang lapang...
siap boleh main lari-lari lagi...mesti best....
Mummy nak berangan jap...




gambar dr sini

Thursday, December 8, 2011

Little Crab Handmade Supply Xmas Giveaway

Hadiah yang cukup menarik.
Kain polkadot tu yang buat mummy tertawan....


Bagi sesiapa yang berminat boleh la cuba nasib di
Selamat mencuba...

Monday, December 5, 2011

Salam Pagi Isnin


Thursday, November 24, 2011

Yang Cantik

Cantik rumah cik Pnut Syafinaz ni...
mummy suka sangat tengok yang simple2 macam ni..













Thursday, November 10, 2011

JOM PAKAT-PAKAT JOIN GA...

GA dari blog Hobby and Theraphy...

Mummy ni sebenarnya agak malas nak join GA ni...boleh dikatakan memang jaranglah...
tapi disebabkan kali ini hadiahnya agak menarik perhatian mummy so apa lagi tak nak lepaskan peluang!!!!

Giler tak nak join...hadiah barang deko kau....


Hadiah Pertama - Jam Meja Vantage

Hadiah Kedua - Teko dari KK Home Deco

Hadiah Ketiga - Oval Plate

So kepada kawan-kawan yang berminat...jomlah kita memeriahkan
sessi GA ni yer...
tapi sebelum tu kenalah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan...
Sebarang maklumat di blog Hobby and Theraphy

Tuesday, November 1, 2011

suka sangat

Yang putih ni mummy memang suka tengok je...
nak guna serba putih kat rumah mummy memang payahla...
sebabnya anak-anak mummy tengah lasak...
alamatnya kalau guna putih sekejap je bertukar warna...


yang ni suka sebab kalernya yang lembut...
kenapa lah bilik air mat saleh ni semua cantik2....
semua gambar dari sini

Tuesday, October 11, 2011

Sarung Kurusi Meja Makan...



Mummy nak tanya ada tak kawan-kawan blogger yang ambil
tempahan buat sarung kerusi macam ni????
Mummy nak tempah untuk raya tahun depan.
Kalau ada boleh tinggalkan jejak kat sini ye.
Nanti mummy akan contact balik...

Friday, October 7, 2011

Salam Pagi Jumaat...

Hari ni rasanya semua orang excited duk tunggu belanjawankan....
Karang pukul 3 terjawablah segala teka teki yang bermain di kotak fikiran
masing-masing...

Ni nak citer masa raya hari tu...
Sibuk berjalan rumah jiran-jiran tengok camana diorang deko
rumah diorang agar nampak simple dan tak serabut....
Akhirnya mummy suka idea ni....
memang rasa lapang dan anak-anak pun ada ruang untuk
berlari dalam rumah.....

Biarlah orang nak kata apa....
janji....
Rumah mummy Syurga mummy...

Sorry gambar kurang memuaskan...

Ni pulak aksesori yang baru sampai semalam...
bukan mummy yang nak pakai ye....
kang ada yang terperanjat pulak...
pat rama2 tu oklah tapi
pat burung hantu tu ada ke orang nak pakai????
Sampai jumpa lagi...

Monday, October 3, 2011

Geram....geram....geram....

Salam Pagi Isnin buat semua kawan-kawan yang sudi jenguk blog mummy ni....
hari ni hari mummy meluahkan perasaan....luahkan geram yang dah lama tersemat dalam hati ni.....

Nampak tak gambar kucing kat atas ni??????
Kalau tak nampak alamatnya...jeng...jeng...jeng....
Kisahnya macam ni....korang pernah tak bela kucing kat rumah????
Korang jaga tak kucing korang????
Mummy memang tak suka sangat bela kucing...bukan mummy tak suka kucing...
tapi mummy tak suka bela kucing sebab mummy tau bukan senang nak bela binatang ni...
Selain bagi makan....tempat buang najis pun kena jaga juga tau....
Mentang-mentanglah rumah mummy tak bersimen habis depan porch...
kat situlah jadi tempat dia memerut....

Kucing tu dah satu hal lah memang takde akal...
yang peliknya tuan yang bela tu xde akal macam kucing tu jugak ke...
dah terang2 nampak kucing tu duk mengais depan mata.....
Ni baik-baik ada pahala bela binatang
sudahnya dapat dosa sebab menyakiti hati jiran....


Pagi ni habis satu kereta mummy bau najis kucing....
sebabnya anak mummy terpijak najis te masa nak naik kereta....
tu yang buat mummy lagi hangin.....

So moral of the story....
Seandainya korang ada bela kucing atau apa-apa binatang pun...
kenalah jaga....jangan sampai menyusahkan orang...
apatah lagi duduk rumah teres....
memang tak sesuai langsung....

Ok mummy memang tak pandai nak susun ayat bunga-bunga...
thanks sebab sudi baca luahan hati mummy ni....

Thursday, September 29, 2011

Saja-saja

Dah tak tau apa nak upload dah....
ditambah lagi dengan komputer mummy yang lembab ini...
semangat untuk berblogging pun semakin berkurangan...

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday

Jemput Masuk...






V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V



jangan marah aaaaaa....




sumber sini


Tuesday, September 20, 2011

Cubaan ke cobaannnnn

Cubaan pertama...setelah mendapat maklumbalas kawan-kawan...
dapatlah upload satu gambar....

Monday, September 19, 2011

Apa masalahnya ngan blog ni????


Dah berhari-hari mummy cuba upload gambar kat blog ni tapi
tak berjaya. Lambat betul nak loading...takkan sekeping gambar pun
makan masa 2, 3 jam!!
Ada sesiapa yang boleh tolong selesaikan tak???
Tolong...plizzzzzzz

Thursday, September 8, 2011

Deko Rumah Kat Kampung

Selamat Datang...

Antara deko rumah kat kampung.
Rumah ni dah jadi rumah adik mummy.
Arwah mak dan ayah dah amanahkan rumah ni
untuk dia. Di sinilah tempat kami semua berkumpul
tatkala balik kampung. Di sini terlalu banyak kenangan.
Mummy membesar di rumah ni...ayah, mak, nenek dan
abang ipar juga pergi di rumah ni...

Terimakasih buat adik mummy tersayang
sebab berjaya menjaga rumah ni sebaik yang mungkin.

Meja konsol

Ruang tamu 1

Sudut sebelah tangga

Sudut bacaan


Ruang tamu 2...

Itu je ye...nanti sambung lagi...gambar juadah ke ape tak sempat nak
ambil gambar...

Tuesday, September 6, 2011

Kembali Bersiaran

SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN
MAAF ANDAI MUMMY ADA TERSALAH KATA TERKASAR BAHASA
SEPANJANG BERSIARAN DI DALAM BLOG INI YA...


Hari ni mummy dah mula kerja...
penat balik kampung pun belum hilang lagi...
kain baju pun masih berlonggok...
ni tengah mengumpul semangat untuk kerja...
dah lama cuti ni...nak memulakan kerja pun rasa malas dah...

JUMPA LAGI YA...

Tuesday, August 23, 2011

SALAM AIDILFITRI


Monday, August 22, 2011

Ngoder Lagi

Salam pagi Isnin...
Bersiaran lagi ye...
Bekas kuih raya ni dah lama mummy idamkan. Jenis bunga royal garden.
Suka sangat ngan bunga ros halus-halus ni...


Oder online je...lagi pun bekas ni susah nak dapat stok...
kali ini mummy berjaya mendapatkannnya...
Insyaallah hari ini atau besok sampailah...
Erk...nak isi kuih apa ek...tahun ni mummy tak buat kuih
dan tak oder kuih pun...

Monday, August 15, 2011

Layan mata yang ngantuk...

Tengah-tengahari ni kalau dapat tidur atas katil ni mesti bestkan.
Layan mimpi-mimpi indah....aaahhhh



sumber sini

Tuesday, August 9, 2011

Pink Hijau

Tengok kerusi ni...teringat kat mama gee...
mama suka pink hijo kan...
ni mummy tempekkan gambar...
cuci mata yer...





sumber dr sini

Friday, August 5, 2011

Projek Pemutihan - Part II


Ingat lagi tak n3 mummy tentang makeover pintu almari antik tu???
Kalau tak ingat klik disini ye...Almari Antik
Hari ni mummy nak bagitahu almari mummy tu dah berubah wajah dah.
Telah dimakeoverkan lagi...
Apa-apa pun saksikanlah gambar ye...

cermin pintu yang dah rosak

Setelah dimakover

Sebelum makeover

Jumpa lagi...
Selamat berpuasa buat semua kawan-kawan maya...

Wednesday, August 3, 2011

Tiada kata-kata


Thursday, July 28, 2011

Projek Pemutihan


Ada yang terperanjat ke dengan tajuk di atas tu.
Jangan takut ye....andai ada PATI kat sini
mummy bukan buat projek pemutihan yang itu,
mummy buat ni projek pemutihan untuk perabut mummy.
Dah boring dah meja konsol ni warna cokelat nak tukar pula
jadi putih. Suruh mr. hubby p beli cat n berus.
Mula-mula mummy ingatkan kerja mengecat ni semudah yang dilihat....
tapi bila dah buat sendiri..baru tau..


Meja konsol mummy sebelum di makeover

Dah alihkan barang2...bersiap utk dimakeover...

sebahagian kakinya...

dah siap lapisan pertama...aduhhhh memang
memenatkan...

Akhirnya...taraaaa padankan dengan cermin
yang dah lama mummy beli...
yang penting mr. hubby puji...katanya baru nampak rupa meja..
kalau tak rasa gelap je dalam rumah.....
hahaha beli jiwa la tu...