Tuesday, April 26, 2011

BERSAWANG SUDAH....

Bersawang sudah blog mummy ni...maklumlah dek kerana tuntutan kerja yang
terpaksa didahulukan membuatkan cerita untuk blog pun
tertangguh-tangguh. Harap pengunjung-pengunjung blog mummy
tak jemu ye. Datang-datang je...tetap n3 lama.
Sorry bebanyak ye..

Hari ni...mummy nak bayar hutang...bukan hutang duit ye...
hutang cerita tentang barangan yang mummy oder dengan Asmashoppe
tempohari. Bunga yang mummy oder tu telah selamat sampai.
Terimakasih kepada Kak Waty, siap bagi hadiah lagi.


Inilah dia bunga yang mummy oder tu.
Cantikkan....


Yang ni pula hadiah yang Kak Waty bagi.
Bukan bunga tu tau...tapi alasnya..cantik tak???
Korang kata tak cantik??? namun pada mummy
tetap cantik...

Tq Kak Waty...

Wednesday, April 13, 2011

DALAM PENANTIAN

Dah lama tak nyopping...hari ni nyopping bunga pulak.
Bunga ni mummy beli online dr Asmashoppe.
Berkenan di hati dengan warna pink tu.
Kak Asmah janji nak pos besok...la la la la...
Tak sabar nak tengok keindahannya....hahaha


Mummy ni memang jenis keras tangan..
memang takde bakat dalam hal menggubah bunga..
terpaksalah beli kalau nak rumah ada bunga..

Kak Asmah pinjam gambar ye..

Minat tengok bunga dalam bakul..cantik.
Kalau sesiapa selalu menonton Apa Kata Wanita...
Zamzarina ada tunjukkan bagaimana nak menggubah bunga dan seterusnya
letak dalam bakul...nampak macam senang dan simple je...
tapi..ades mummy ni memang tak berbakat langsung..

Tunggu...

Friday, April 8, 2011

CUPCAKE HASIL BUAH TANGAN ADIK


Saja-saja nak tempak.
First time belajar buat decoupage.
Inilah dia hasil kraftangan adik mummy.
Otai-otai semua sila bagi tunjuk ajar ye...
kami budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan.


First time juga adik mummy belajar buat cupcake...
not bad la kan...tetap cantik dipandang mata.


Empat biji cupcake untuk menjamu mata ye...
bukan menjamu selera....masih dalam proses pembelajaran lagi.
Harap lepas ni boleh buka kedai cupcake...

Tuesday, April 5, 2011

Makeover


Taraaaa...inilah hasilnya almari kasut yang dah kusam
dan hampir-hampir menjadi barang buangan.
Dengan sedikit idea akhirnya dapat menyelamatkan
wang yang ada. Ok tak kawan-kawan...???
Warna asal almari ni cokelat tetapi telah diputihkan oleh adik mummy.
Nampak barukan. Belum tampal decal lagi...kalau dah tampal
rasanya lagi manis dipandang....

Yang ni pula gambar semasa proses pengubahsuaian rumah mak kat kampung.
Belum siap sepenuhnya lagi.
Perasan tak cermin yang kat dinding tepi tu...
Itu hasil terjahan mummy n adik ke Romatika Shah Alam.
Ada juga yang beli kat KK Nilai.

Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...