Followers

Sunday, December 23, 2012

Deko lama....

Bila tengok deko deko lama ni seronok juga. Ingat lg masa gambar ni diambil...mummy baru je pindah rumah dan baru mula berjinak-jinak dengan english deko yang sememangnya mummy minat. Masa mula2 masuk rumah...deko pakai apa yg ada je....sekadar beli apa yang patut je...takmo membazirlah katakan....

Saturday, December 1, 2012

Di sudut jendela ku...


Nak tau cerita disebalik 2 buah kerusi ni????
Hahaha  wat gempak je kan mummy ni. Tak tau lah apa nasib
2 buah kerusi ni...ini dah kali ke berapa ia dipindahkan. Kejap 
Kat bawah kejap kat atas...
Kejap kat luar kejap kat bilik..
Cik hubby pn dh tak komen apa2 lagi....dah sedia maklum agaknya  akan perangai sang isteri...
Hanya orang2 yang sehaluan dengan mummy sahaja yang tahu perasaan tu...
Hai 2 buah kerusi....harap2 lamalah
Ko duduk kat sini ye...

Tuesday, November 13, 2012

Saja saja deko

 
Cuti sempena deepavali. Tak tahu apa nak buat...lap sana lap sini..
Alih sana alih sini....sikit-sikit je ekkk nanti semput...
HAPPY DEEPAVALI

Wednesday, November 7, 2012

Salam pagi rabu



Cantik tak gambar kat atas tu? Pada mummy memang cantik sebab ianya bertepatan dengan warna kasukaan  mummy. Çuma mummy masih belum ada keberanian je untuk mengaplikasikannya...takut tak kena dengan tema....Apa apapun mummy tetap suka...gambar ni dr majalah Anjung Seri Nov 2012. Sapa sapa nak beli boleh beli ye....dah ada dipasaran sekarang.

Friday, October 5, 2012

SIMPLE MAKOVER


Salam pagi Jumaat ya...
Semoga Jumaat ini memberi penuh keberkatan dalam hidup kita. Amin...

Just nak share simple makeover yang mummy lakukan
pada lampu kat rumah. Nak beli chadilier yang cantik-cantik dan
mahal tu belum berkemampuan lagi...so inilah yang mummy lakukan...


Lampu asal yang simple...


yang ni bila dah ditambah accessories...
orang lain ada gantung-gantung macam tu mummy pun nak juga...
nak beli poket tengah nipis...sooo
beginilah hasilnya....dengan kos yang sedikit...
okla.....janji hati mummy senang..ye tak...


Ni whistlist mummy yang belum kesampaian lagi...
3 tier ni...walaupun tak semahal mana tapi mummy kena
kumpul duit juga hahaha
Tunggu duit nuffnang sampai la ek...
Masih ada lagi cek yang belum sampai....


Tak sabar rasanya nak tengok barang dari UK sampai...lalalalala

Monday, September 24, 2012

Saja-saja update koleksi terbaru

Selamat malam kawan-kawan deko mummy.
Dah lama rasanya tak update.Sejak akhir-akhir ni
idea untuk mengupdate memangla takde.
Idea memang dah kering sangat-sangat hinggakan nak tulis satu ayat pun
rasa macam susah.

Malam ni mummy paksa juga perah idea...macam perah santan pulakkan hehe.
Saja nak tunjuk diy mummy yang terbaru...dulu tempat ni mummy
gantung langsir nipis...sekarang mummy dah tukar dengan
benda ni...entah apa nama dia...
mummy beli satu gulung rm30 saje dan dapatlah sikit ni...

Kena beli lagi sebab nak rapatkan sikit jarak dia. 
Sekarang ni jaraknya jauh sikit....
Nak beli string curtain pun tak terbeli lagi...

Ini untuk langsir dapur (cafe curtain) bahagian bawah je tau.
Yang atas belum beli lagi so takleh nak gantung sbb nanti
tak matching...atas lain bawah lain. Lagipun rod kecik untuk
gantung langsir ni belum jumpa lagi. Sapa2 yang jual rod tu tolong
contact mummy ye....haruslah mummy nak beli....

Ini pula meja yang adik mummy belikan. Mummy bg duit dan minta tolong
dia belikan. Jauh tu beli kat romantika di Kelantan sana. Kat Shah Alam ni
romantikanya dalam shopping compleks memang payahla kalo nak minta
cik hubby yang tolong angkatnya sampai ke parking lot.

Sarung kusyen ni pula beli kat giftmine pkns.
Setiap kali g pkns tak sah kalo tak ke kedai ni.
Bila kesana duit mesti melayang punya...

So kawan-kawan...itu jelah yang mummy boleh katakan malam ni...
semoga jumpa lagi ye...
Selamat Malam n bye..bye..

Saturday, September 15, 2012

Biru pn menawan...





Suka sangat yang ni...


Monday, August 27, 2012

Suka suki deko raya

Takde apa pun yang menarik...
namun mummy bahagia di sini...
mummy gembira di sini...





Thursday, July 19, 2012

Kalau dah boring...macam nilah jadinya...

Anak mummy tak berapa sihat. Demam, batuk dan lelah semua ada so mummy terpaksalah mengambil cuti emergency hari ini. Macam biasalah bila kat rumah kepala asik terfikir nak buat apa. Yang demam tetap demam...dah selesai bagi makan ubat dan setelah selesai masak mummy memulakan operasi.

Yezza...sebenarnya wallpaper rumah mummy ni uzur dah. Terkoyak sana sini dah cuma kewangan je yang belum mengizinkan untuk mummy tukar keseluruhan wallpaper ni. Kebetulan pula masa mummy online fb ada kawan jual wallpaper murah. So mummy grablah 3 gulung.

 Dah siap ada gam kat belakang. 


 Senang sebab kat belakang dah ada ukuran so lebih memudahkan kerja.

Pintu store ni wallpaper dulu dah koyak...mummy tampal je kat sini dulu.
Mmmmm boleh tahan juga di mata mummy tapi tak tahulah pada orang lain.

Ok Siap.....
ok tak kawan-kawan....tak berani nak pasang banyak-banyak takut tak jadi...
kena cari yang pakar juga pasang...

Monday, July 9, 2012

Cara Pengiraan Langsir Yang Betul

Mummy dapat ni dari fb sebagai panduan untuk mummy bila nak buat langsir nanti.
Kredit untuk kawan fb ye Hanny Madu Home Deco kerana share kan tip ni di dalam fb beliau.
Harap-harap dapat dijadikan panduan.



Berblogging sambil menonton selebriti chef...

Monday, July 2, 2012

Sejuk mata memandang

Dah lama mummy tak bersiarankan...
Blog mummy pun dah bersawang dah...
Hari ni mummy cuti kecemasan...badan rasa sakit-sakit
tu yang malas nak kerja...jadi ada masa sikit jenguk blog ni...
Anyway takde cerita baru sebenarnya...nak tempek gambar rumah pun
macam tu jugak...tiada perubahan pun...
so tengok jelah gambar rumah mem ni yang kaya dengan lace.
Sekarang ni peminat lace dah semakin ramai termasuklah
mummy sendiri...so boleh dijadikan panduan gambar ni...



Macamana pun putih2 ni merisaukan jugak kan...
Nak-nak kalo ada budak kecil...

Friday, June 15, 2012

KREATID DESIGN TONG DRUM


Sapa-sapa yang berminat nak tiru boleh tiru design ni.
Memang cantik sangat-sangat...




Gambar dari fb.

Thursday, June 7, 2012

Rumah rakan facebook

Teruja betul bila tengok rumah kawan facebook ni...memang cantik.
Tiap-tiap hari mummy mesti jenguk facebook dia
sebab teruja dengan seni deko yang dia garapkan.
Memang cantik dan sejuk mata memandang.




Gambar rumah Shabanum Sari fb.
Tahniah Sari sebab rumah anda memang cantik...

Tuesday, May 15, 2012

Great Idea...

Mummy dapat ni dari fb.
Suka dengan idea ni...so bolehlah dikongsikan bersama.


Another "why didn't I think of this" idea

Wednesday, May 9, 2012

Kepala Langsir Ku

Tempah jangan tak tempah.
Hari ni mummy tempah kepala langsir idaman hati huhuhu.
Dah lama mencari baru sekarang mendapat.

Gambar hanya sebagai contoh ye
ini bukan kepala langsir tapi sarung sofa rasanya.
Kepala langsir mummy pun akan jadi tingkat2 macam ni la.

Akan datang nak oder yang ni pulak...

Meja bulat ni pun cantik jugak....aishhh

Bagi sapa2 yang nak tempah blhlah berkunjung ke fb Hias decor ye...
Gambar2 dipetik dari fb Hias decor.

Tuesday, May 8, 2012

DIY LA PULA...


Nak tahu apa mummy buat dengan duit tunggakan yang mummy dapat???
hahaha ni dia...mummy beli mesin jahit singer...
murah je...tapi bebaloi la kan...
walaupun mummy tak pandai menjahit...
at least jahitan lurus tu dah memadai hehehe


Ini dia hasil diy mummy yang pertama.
Xde niat pun nak buat baju dengan mesin jahit ni...
nak belajar pun rasanya dah padan ngan usia...
sekadar buat tampal lencana anak okla...
sekarang ni tampal lencana pun mahal gak tau...

hasilku ditengah malam...

Thursday, May 3, 2012

Rumah pun nak polkadot....


Cantik tak???? memang cantikkan...
mummy suka sangat.
Agak-agak kalau mummy nak cat rumah macam ni boleh tak?
Takut di gelak kat orang nanti...


Friday, April 13, 2012

DAH ADA RUMAH CANTIK TETAP NAK KAT POKOK...

Salam pagi Jumaat kawan-kawan.
Semoga gembira dan ceria-ceria selalu.

Hari ni mummy nak cerita pasal burung yang sibuk nak
buat sarang kat pokok bunga tiruan kat rumah mummy ni.


Dah beberapa hari mummy duk mengintai burung ni.
Rupa-rupanya dia buat sarang kat pokok ni...
Snap dekat sikit...nampakkan burung tu duk mematuk (eerk betul ke ayat ni)
Kesian juga bila melihatkan burung ni ulang alik mengambil
bahan (betul ke ayat ni??) utk buat sarang...
Bila pokok tu bergoyang sikit...sarang yang belum jadi tu jatuh bertaburan...

Juntaian panjang tu adalah bahan-bahan yang dia punggah...daripada
tak ada dah jadi panjang dah...

Apasal dia taknak buat kat sarang yang mummy sediakan ni ek...
Anak mummy pun tanya pertanyaan yang sama...

Hubby kata...sarang ni rendah sangat sebab tulah dia tak nak
buat sarang kat situ...takut kucing tangkap...
betul ke???
atau rumah burung tu cantik sangat hahahaha
Rumah burung tu hasil keras tangan adik mummy...
semuanya buat sendiri mula dari rumahnya hinggalah ke lukisannya..
kira oklah kan..
janji ada...

Wednesday, April 4, 2012

CANTIK GILER AHHHHH




Wednesday, March 21, 2012

Wall Paper Yang Mana Satu????

Wp1

Wp2

Tahun ni mummy nak kena tukar wallpaper...
pening gak nak memilih yang pattern macamana.
Kawan-kawan tolonglah bagi cadangan kat mummy ye...
Tema masih tetap tak berubah...english yang simple
dan tak sarat sebab mummy jenis tak rajin nak buang habuk.

Wp3

Wp4

Wp5

Wp6

Semua wallpaper ni dari Zaldeco
So sapa-sapa nak tukar wallpaper boleh refer blog dia ya...