Friday, December 31, 2010

Award

Hot Comments

Award dari shiemanis blogspot. Terimakasih ye...
Cantik award ni sesuai dengan konsep blog mummy.
Apapun mummy mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru kepada
rakan-rakan maya yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog mummy ni.
Maafkan segala salah silap mummy semoga tahun baru nanti bakal
menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kita semua.
Amin...

Tenet kat opis mummy down, sorrylah kalau mummy tak dapat
nak balas kunjungan rakan-rakan. Dah ok nanti mummy jejak balik ye...

Wednesday, December 15, 2010

RUANG BELAJAR AKA PEJABAT

Di sini mummy nak berkongsi idea untuk menjadikan stor sebagai ruang belajar atau pejabat di rumah. Rumah mummy pun ada ruang ni di bawah tangga ni tapi masih belum berusik lagi. Masih sarat dengan barang-barang.






Memang cantik dan praktikal sekali.

Thursday, December 2, 2010

Inspirasi Dekorasi

Mummy tak nak merepak meraban kat sini.
Lagipun sememangnya mummy tengah kekeringan idea untuk
berkata-kata. Jadi seperti biasa mummy just nak share idea
dekorasi yang sempat mummy google.









Wednesday, December 1, 2010

SUKA WARNA-WARNA LEMBUT

Mummy suka sangat warna-warna yang lembut macam
gambar-gambar kat bawah ni. Pada pandangan mata
mummy warna-warna seperti ini mampu menenangkan
jiwa dan menyejukkan mata yang memandang.
Tapi kenapa rumah mummy tak warna macam ni ek....
adesss ini kes terburu-buru masa masuk rumah dulu la ni.
Tak menyabor kata orang tua-tua...
Namun hasrat memperindahkan tu tetap ada...
cuma tunggu peruntukannyer sahaja....
entah bila lah nak cukup ni....





gambar dipetik dari sini...

Wednesday, November 3, 2010

THE NATURAL GARCEN DAH SAMPAI

Yes barang baru dah sampai lagi...
Gelas yang oder dengan Lynn akhirnya sampai dengan selamat
tanpa sebarang kecacatan. Terimakasih ye lynn...

Suke sangat...

Monday, November 1, 2010

Suka...suka...suka

Antara deko yang mummy suka...
nampak lapang dan simple
tapi tetap menarik pada pandangan
mata mummy...





Selama ni dok tengok orang cat kosi ni warna putih...
bila tengok yang ni cantik jugak kan...adesss
sumber dari

Wednesday, October 27, 2010

Pink Lagi

Bukan barang deko ye...sebaliknya kamera baru mummy.
Canon Ixus 130 bukan juga DSLR.
Sekadar yang biasa tapi rasanya dah memadai
untuk mengambil gambar deko..hehehe.
Harap-harap lepas ni mummy semakin rajin mengambil gambar
deko untuk dikongsikan bersama kawan-kawan ye.

Suka warnanya yang pink.

Di bawah ni antara specifikasi yang terdapat
pada kamera ini.


Ok tak boleh buat n3 panjang nanti takde orang nak baca.
Sampai jumpa lagi...
Pssst tunggu barang baru sampai dari Lynn....la..la...la..la..

Monday, October 25, 2010

Yang tidak bertajuk

(gambar dari internet...lupa lak tang mana)


Kenapa sejak akhir-akhir ni mood nak update blog semakin berkurangan.
Apa yang nyata...tak ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama.
Deko rumah pun asik lupa je nak ambil gambar.
Adess mummy ni asik lupe memanjangla....

Thursday, October 14, 2010

JOM TENGOK

Set oren ni mummy beli kat Avon satu masa dulu.
Buat isi gula-gula time raya.
Ada 6 biji semuanya tapi tempat tidak mencukupi
untuk letak 6 biji.




Koleksi FM mummy yang dah hampir pupus.
Setiap kali ada budak-budak datang FM tulah
yang jadi mangsa. Ada yang dah tanggal magnet dia
terpaksa mummy simpan dulu sementara dapat magnet baru.


Sudut pink yang ada. Rumah kawan-kawan cantik je tengok sudut
pink dia...mummy pun nak juga.
Barang pink baru ada seciput.

Meja konsol yang agak serabut.
Lavender tu beli kat kompleks PKNS.
Puas minta kurang ngan minah kedai tu...


Itu jelah set yang mummy ada.
Kumpul sikit-sikit dulu.
Nak beli sekaligus memang tak lalu le...

Tuesday, October 12, 2010

Terpikat lagi...

Barang yang order dulu dah sampai. Kotak bunga ros warna pink tu.
Tapi memandangkan kamera dah rosak...so tak bolehlah nak
ambil gambarnya.
Terpikat pulak dengan mug kat bawah ni. Cantik betul gambar buah-buahan tu.
Apalagi...oder...oder...oder....
booking dulu lor...

Sesiapa nak oder leh g blog

Wednesday, October 6, 2010

Shopping Lagi...

Adesss berkenan pula dengan kotak kat bawah ni.
Apa yang mummy nak isi dalam kotak ni ye...
Ish...takpe beli je dulu...nanti baru fikir nak
isi apa ye...
Sesiapa yang nak beli kotak ni boleh ke blog Shaza Living Decor.

(shida...zures pinjam gambar ni ye)

Pesanan dari mummy kalau nak ketip kuku jangan lupa ikut step dibawah ye..


Semoga jadi amalan kita.

Wednesday, September 29, 2010

Satu-satunya...

Satu-satunya gambar masa raya hari tu.
Muka masing-masing sedih sebab tak balik kampung.

Baju pun dah tak ada sedondon dah. Anak-anak takmo baju sama.
Payah betul bila tak faham citarasa ibu.


Satu-satunya kuih yang mummy buat masa raya.
Yang lain semua tunjuk-tunjuk je.
Inilah juga satu-satunya kuih yang cepat habis.



Satu-satunya gambar juadah...
Entah apa fesyen ambil gambar macam ni pun tak tau.
Ini kerja si kakak la ni..mummy suruh ambil gambar juadah tu...
tengok-tengok gambar bekas nye saja yang diambil.
Nasib baik bekas lawa la jugak hik...hik...hik...

Itulah dia kisah satu-satunya hari ini. Buat suspen je kan.
Jumpa lagi...hari ni mummy mc lagi 2 hari..
sempat godek-godek tenet ni...

Tuesday, September 28, 2010

Selamat Pagi Semua...



Sorry kawan-kawan...tuan blog tengah mengalami kemerosotan kesihatan.
Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ini ye...n klik-klik sekali...nanti andai kesihatan telah
kembali pulih mummy akan menjejaki kalian semula.
Salam sayang buat semua.


Tuesday, September 21, 2010

Salam bertemu kembali...


Setelah penat berhari raya disamping bergembira bersama keluarga dan taulan...akhirnya bertemu kembali di alam maya ini. Mesti happykan sambut raya hari tu...Buat mummy biasa-biasa sahaja...setelah ketiadaan ibu dan ayah. Sedih sangat tapi telan jelah kesedihan tu. Apa yang penting anak-anak mummy happy dah cukup buat mummy. Gambar masa raya belum upload lagi...dan tak banyak pun ambilnya...nanti bila ada masa mummy uploadkan ye..

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin

Semoga berjumpa lagi selepas Aidilfitri nanti.
Berhati-hati semasa memandu...
Ingatlah insan yang tersayang...

Thursday, September 2, 2010

MUSIM KUIH RAYA PULA

Inilah antara kuih-kuih yang mummy oder.
Sorry nama kuih serius mummy tak ingat sebab
masa nak oder tu pakai tanda je dekat borang yang dah
disediakan. Apa yang mummy tau kuih-kuih ni adalah
kuih favourite mummy. Tiap-tiap tahun mesti oder.
Tapi biasalah tiap-tiap tahun harganya pasti berbeza.
Makin naik ye...bukan makin turun begitu juga dengan
saiz kuihnya makin kecil...adess...
Bila agaknya mummy nak belajar buat kuih ni ye..

Banyak ni pun dah seratus lebih...


Yang purple tu tart blueberry kalau tak silap.


Kuih ni rasa oren...sedap...

Wednesday, September 1, 2010

TABLE LAMP DAH SAMPAI

Hari ini mummy nak bagitahu yang tamble lamp yang mummy oder hari tu dah sampai.
Alhamdulillah...ianya sampai dengan selamat tanpa cacat celanya. Packing pun kemas
dan cantik. Terimakasih ye Ros...Mummy suka sangat dengan table lamp ni.
Cantik dan klasik.





Abaikan kotak-kotak yang kat belakang tu ye.
Ambil gambar ni kat ofis tau...kamera mummy yang kat rumah tu
dah uzur sangat-sangat.



Tahniah Adib Izzara

Alhamdulillah. Akhirnya seorang lagi artis telah selamat diijabkabulkan. Sekalung tahniah buat Adib dan Izzara Aisyah kerana dengan rasmi...