Showing posts with label MY ETC. Show all posts
Showing posts with label MY ETC. Show all posts

Tuesday, May 15, 2012

Great Idea...

Mummy dapat ni dari fb.
Suka dengan idea ni...so bolehlah dikongsikan bersama.


Another "why didn't I think of this" idea

Tuesday, March 6, 2012

Kitar Semula

Sila perhatikan gambar betul-betul.
Rasanya semua orang boleh buatkan...
yang penting kena ada kerajinan dan usaha sendiri.
Kalau nak cara-cara yang lebih mendalam lagi
sila ke blog ni ye...
Lebih jimat dan cantik...

Thursday, November 24, 2011

Yang Cantik

Cantik rumah cik Pnut Syafinaz ni...
mummy suka sangat tengok yang simple2 macam ni..













Monday, October 3, 2011

Geram....geram....geram....

Salam Pagi Isnin buat semua kawan-kawan yang sudi jenguk blog mummy ni....
hari ni hari mummy meluahkan perasaan....luahkan geram yang dah lama tersemat dalam hati ni.....

Nampak tak gambar kucing kat atas ni??????
Kalau tak nampak alamatnya...jeng...jeng...jeng....
Kisahnya macam ni....korang pernah tak bela kucing kat rumah????
Korang jaga tak kucing korang????
Mummy memang tak suka sangat bela kucing...bukan mummy tak suka kucing...
tapi mummy tak suka bela kucing sebab mummy tau bukan senang nak bela binatang ni...
Selain bagi makan....tempat buang najis pun kena jaga juga tau....
Mentang-mentanglah rumah mummy tak bersimen habis depan porch...
kat situlah jadi tempat dia memerut....

Kucing tu dah satu hal lah memang takde akal...
yang peliknya tuan yang bela tu xde akal macam kucing tu jugak ke...
dah terang2 nampak kucing tu duk mengais depan mata.....
Ni baik-baik ada pahala bela binatang
sudahnya dapat dosa sebab menyakiti hati jiran....


Pagi ni habis satu kereta mummy bau najis kucing....
sebabnya anak mummy terpijak najis te masa nak naik kereta....
tu yang buat mummy lagi hangin.....

So moral of the story....
Seandainya korang ada bela kucing atau apa-apa binatang pun...
kenalah jaga....jangan sampai menyusahkan orang...
apatah lagi duduk rumah teres....
memang tak sesuai langsung....

Ok mummy memang tak pandai nak susun ayat bunga-bunga...
thanks sebab sudi baca luahan hati mummy ni....

Tuesday, September 20, 2011

Cubaan ke cobaannnnn

Cubaan pertama...setelah mendapat maklumbalas kawan-kawan...
dapatlah upload satu gambar....

Monday, September 19, 2011

Apa masalahnya ngan blog ni????


Dah berhari-hari mummy cuba upload gambar kat blog ni tapi
tak berjaya. Lambat betul nak loading...takkan sekeping gambar pun
makan masa 2, 3 jam!!
Ada sesiapa yang boleh tolong selesaikan tak???
Tolong...plizzzzzzz

Tuesday, September 6, 2011

Kembali Bersiaran

SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN
MAAF ANDAI MUMMY ADA TERSALAH KATA TERKASAR BAHASA
SEPANJANG BERSIARAN DI DALAM BLOG INI YA...


Hari ni mummy dah mula kerja...
penat balik kampung pun belum hilang lagi...
kain baju pun masih berlonggok...
ni tengah mengumpul semangat untuk kerja...
dah lama cuti ni...nak memulakan kerja pun rasa malas dah...

JUMPA LAGI YA...

Tuesday, June 28, 2011

Monday, January 31, 2011

LARI SIKIT....DARI KONSEP...

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari

tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa

tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu

tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa

tolong ingatkan aku
kisah kita


(Mummy suka sangat lirik lagu ni)
tu yang mummy tempek kat sini.

Friday, December 31, 2010

Award

Hot Comments

Award dari shiemanis blogspot. Terimakasih ye...
Cantik award ni sesuai dengan konsep blog mummy.
Apapun mummy mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
Selamat Tahun Baru kepada
rakan-rakan maya yang tidak jemu-jemu mengunjungi blog mummy ni.
Maafkan segala salah silap mummy semoga tahun baru nanti bakal
menjanjikan sesuatu yang lebih baik buat kita semua.
Amin...

Tenet kat opis mummy down, sorrylah kalau mummy tak dapat
nak balas kunjungan rakan-rakan. Dah ok nanti mummy jejak balik ye...

Monday, October 25, 2010

Yang tidak bertajuk

(gambar dari internet...lupa lak tang mana)


Kenapa sejak akhir-akhir ni mood nak update blog semakin berkurangan.
Apa yang nyata...tak ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama.
Deko rumah pun asik lupa je nak ambil gambar.
Adess mummy ni asik lupe memanjangla....

Wednesday, September 29, 2010

Satu-satunya...

Satu-satunya gambar masa raya hari tu.
Muka masing-masing sedih sebab tak balik kampung.

Baju pun dah tak ada sedondon dah. Anak-anak takmo baju sama.
Payah betul bila tak faham citarasa ibu.


Satu-satunya kuih yang mummy buat masa raya.
Yang lain semua tunjuk-tunjuk je.
Inilah juga satu-satunya kuih yang cepat habis.



Satu-satunya gambar juadah...
Entah apa fesyen ambil gambar macam ni pun tak tau.
Ini kerja si kakak la ni..mummy suruh ambil gambar juadah tu...
tengok-tengok gambar bekas nye saja yang diambil.
Nasib baik bekas lawa la jugak hik...hik...hik...

Itulah dia kisah satu-satunya hari ini. Buat suspen je kan.
Jumpa lagi...hari ni mummy mc lagi 2 hari..
sempat godek-godek tenet ni...

Tuesday, September 28, 2010

Selamat Pagi Semua...



Sorry kawan-kawan...tuan blog tengah mengalami kemerosotan kesihatan.
Rajin-rajinlah berkunjung ke blog ini ye...n klik-klik sekali...nanti andai kesihatan telah
kembali pulih mummy akan menjejaki kalian semula.
Salam sayang buat semua.


Tuesday, September 21, 2010

Salam bertemu kembali...


Setelah penat berhari raya disamping bergembira bersama keluarga dan taulan...akhirnya bertemu kembali di alam maya ini. Mesti happykan sambut raya hari tu...Buat mummy biasa-biasa sahaja...setelah ketiadaan ibu dan ayah. Sedih sangat tapi telan jelah kesedihan tu. Apa yang penting anak-anak mummy happy dah cukup buat mummy. Gambar masa raya belum upload lagi...dan tak banyak pun ambilnya...nanti bila ada masa mummy uploadkan ye..

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri...Maaf Zahir Dan Batin

Semoga berjumpa lagi selepas Aidilfitri nanti.
Berhati-hati semasa memandu...
Ingatlah insan yang tersayang...

Thursday, September 2, 2010

MUSIM KUIH RAYA PULA

Inilah antara kuih-kuih yang mummy oder.
Sorry nama kuih serius mummy tak ingat sebab
masa nak oder tu pakai tanda je dekat borang yang dah
disediakan. Apa yang mummy tau kuih-kuih ni adalah
kuih favourite mummy. Tiap-tiap tahun mesti oder.
Tapi biasalah tiap-tiap tahun harganya pasti berbeza.
Makin naik ye...bukan makin turun begitu juga dengan
saiz kuihnya makin kecil...adess...
Bila agaknya mummy nak belajar buat kuih ni ye..

Banyak ni pun dah seratus lebih...


Yang purple tu tart blueberry kalau tak silap.


Kuih ni rasa oren...sedap...

Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...