Monday, September 24, 2012

Saja-saja update koleksi terbaru

Selamat malam kawan-kawan deko mummy.
Dah lama rasanya tak update.Sejak akhir-akhir ni
idea untuk mengupdate memangla takde.
Idea memang dah kering sangat-sangat hinggakan nak tulis satu ayat pun
rasa macam susah.

Malam ni mummy paksa juga perah idea...macam perah santan pulakkan hehe.
Saja nak tunjuk diy mummy yang terbaru...dulu tempat ni mummy
gantung langsir nipis...sekarang mummy dah tukar dengan
benda ni...entah apa nama dia...
mummy beli satu gulung rm30 saje dan dapatlah sikit ni...

Kena beli lagi sebab nak rapatkan sikit jarak dia. 
Sekarang ni jaraknya jauh sikit....
Nak beli string curtain pun tak terbeli lagi...

Ini untuk langsir dapur (cafe curtain) bahagian bawah je tau.
Yang atas belum beli lagi so takleh nak gantung sbb nanti
tak matching...atas lain bawah lain. Lagipun rod kecik untuk
gantung langsir ni belum jumpa lagi. Sapa2 yang jual rod tu tolong
contact mummy ye....haruslah mummy nak beli....

Ini pula meja yang adik mummy belikan. Mummy bg duit dan minta tolong
dia belikan. Jauh tu beli kat romantika di Kelantan sana. Kat Shah Alam ni
romantikanya dalam shopping compleks memang payahla kalo nak minta
cik hubby yang tolong angkatnya sampai ke parking lot.

Sarung kusyen ni pula beli kat giftmine pkns.
Setiap kali g pkns tak sah kalo tak ke kedai ni.
Bila kesana duit mesti melayang punya...

So kawan-kawan...itu jelah yang mummy boleh katakan malam ni...
semoga jumpa lagi ye...
Selamat Malam n bye..bye..

Saturday, September 15, 2012

Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...