Showing posts with label MY HOME. Show all posts
Showing posts with label MY HOME. Show all posts

Monday, December 5, 2011

Thursday, September 29, 2011

Saja-saja

Dah tak tau apa nak upload dah....
ditambah lagi dengan komputer mummy yang lembab ini...
semangat untuk berblogging pun semakin berkurangan...

Thursday, September 8, 2011

Deko Rumah Kat Kampung

Selamat Datang...

Antara deko rumah kat kampung.
Rumah ni dah jadi rumah adik mummy.
Arwah mak dan ayah dah amanahkan rumah ni
untuk dia. Di sinilah tempat kami semua berkumpul
tatkala balik kampung. Di sini terlalu banyak kenangan.
Mummy membesar di rumah ni...ayah, mak, nenek dan
abang ipar juga pergi di rumah ni...

Terimakasih buat adik mummy tersayang
sebab berjaya menjaga rumah ni sebaik yang mungkin.

Meja konsol

Ruang tamu 1

Sudut sebelah tangga

Sudut bacaan


Ruang tamu 2...

Itu je ye...nanti sambung lagi...gambar juadah ke ape tak sempat nak
ambil gambar...

Wednesday, May 4, 2011

JALAN-JALAN CUCI MATA


Kisah cuti hari pekerja hari tu...walaupun dah beberapa hari berlalu
mummy nak kongsi juga...manalah tahu kut ada kawan-kawan mummy
yang sedang berangan-angan kan...

Alaaaa bukan apa pun alkisahnya pada mulanya konon-konon jalan-jalan
nak cuci mata. Cuti 3 hari yang mana kampung dekat tu bolehla balik kampung.
Mummy ni pula kalau setakat cuti 3 hari nak balik kampung memangla
tak berbaloi....buat penat badan je kata orang. So hari tu daripada melangut je
kat rumah mummy ajaklah cik abang pg jalan-jalan survey sofa.
Bukan nak beli saja survey dulu...sofa mummy pun dah 20 tahun dah
usianya....adesss kalau orang lain rasanya dah 2, 3 kali tukar dah tu.

Tempat yang di tuju adalah Pusat Perabut Bahagia.

Ni dia mummy tempekkan gambar2 dia.
Harganya memang berpatutanlah...
Tengok coffe table tu cantik kan?
Tapi rumah mummy tak boleh sebab ruang tamunya cinonit aje..

Sofa yang ni mummy berkenan...
Berkenan je...

Tapi yang merah ni lagi memikatlah...
Sofa dari Casa Italy...memang mummy suka sangat-sangat.
Duduk pun selesa...harganya 5K++
Berangan nak beli yang ni...sebab saiznya pun tak besar sangat.
Agak2 sesuai tak ngan english deko..???
haishhh
Dah namanya keluar tak sah kalau tak beli...
penyudahnya...daripada balik tangan kosong
mummy beli juga kusi ni...
lounge set ni siap dgn meja bulat...
ntah apa nak jadi ngan rumah mummy dah jadi cacamarba...
Almari putih...kusi cokelat....
Hahaha jangan ketawa ye...
inilah rumah ku syurga ku...

Monday, April 19, 2010

MAKEOVER BUFFET N HUNTCH

Asalnya meja study anak zures tapi dah tak pakai. So panjang je akalnya
nak begger-begger benda tu. Kasi tempek cat sikit.
Susun-susun barang apa yang ada je dulu. Nanti dah ada
barang english zures ubah balik deko dia ya.
Yang bawah takleh ambil gambar...sebab bersepah...hehehe abaikan jelah ye.

Jumpa lagi...

Thursday, April 15, 2010

HASIL RONDAAN KE KEDAI PERABOT BAHAGIA

Biasalah bila tibanya hari minggu...punggung rasa panas je duduk kat rumah.
Mana nak pergi ye...
Destinasinya...
KEDAI PERABOT BAHAGIA.
Kebetulan ada pulak offer
tak sahlah kalau pulang tangan kosong....
dan akhirnya inilah yang aku bawa pulang.


Dah lama dah kenen-kenen kerusi ni ngan cik abang.
Akhirnya dapat juga walaupun sendiri yang bayar hehehe.
Entah kena ke tak ngan konsep english aku ni...
Ada sesiapa boleh bagi cadangan tak camana nak bagi
nampak ke `englisan' kat area ni...
dekat kerusi merah yang nampak sikit tu
ada benda alah ni

Wednesday, April 7, 2010

IMPIAN TERINDAH

Rumah impian aku...sweet sangat....agak-agak bila boleh jadi macam ni ye..?




Rumah aku sekarang....hadoi....berangan jelah...
pssst...langsir tu dah tukar tau yang ala-ala english gak
bunga-bunga kaler pepel. Nanti ada masa aku snapkan gambar ye..

Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...