Wednesday, October 27, 2010

Pink Lagi

Bukan barang deko ye...sebaliknya kamera baru mummy.
Canon Ixus 130 bukan juga DSLR.
Sekadar yang biasa tapi rasanya dah memadai
untuk mengambil gambar deko..hehehe.
Harap-harap lepas ni mummy semakin rajin mengambil gambar
deko untuk dikongsikan bersama kawan-kawan ye.

Suka warnanya yang pink.

Di bawah ni antara specifikasi yang terdapat
pada kamera ini.


Ok tak boleh buat n3 panjang nanti takde orang nak baca.
Sampai jumpa lagi...
Pssst tunggu barang baru sampai dari Lynn....la..la...la..la..

Monday, October 25, 2010

Yang tidak bertajuk

(gambar dari internet...lupa lak tang mana)


Kenapa sejak akhir-akhir ni mood nak update blog semakin berkurangan.
Apa yang nyata...tak ada cerita menarik untuk dikongsikan bersama.
Deko rumah pun asik lupa je nak ambil gambar.
Adess mummy ni asik lupe memanjangla....

Thursday, October 14, 2010

JOM TENGOK

Set oren ni mummy beli kat Avon satu masa dulu.
Buat isi gula-gula time raya.
Ada 6 biji semuanya tapi tempat tidak mencukupi
untuk letak 6 biji.




Koleksi FM mummy yang dah hampir pupus.
Setiap kali ada budak-budak datang FM tulah
yang jadi mangsa. Ada yang dah tanggal magnet dia
terpaksa mummy simpan dulu sementara dapat magnet baru.


Sudut pink yang ada. Rumah kawan-kawan cantik je tengok sudut
pink dia...mummy pun nak juga.
Barang pink baru ada seciput.

Meja konsol yang agak serabut.
Lavender tu beli kat kompleks PKNS.
Puas minta kurang ngan minah kedai tu...


Itu jelah set yang mummy ada.
Kumpul sikit-sikit dulu.
Nak beli sekaligus memang tak lalu le...

Tuesday, October 12, 2010

Terpikat lagi...

Barang yang order dulu dah sampai. Kotak bunga ros warna pink tu.
Tapi memandangkan kamera dah rosak...so tak bolehlah nak
ambil gambarnya.
Terpikat pulak dengan mug kat bawah ni. Cantik betul gambar buah-buahan tu.
Apalagi...oder...oder...oder....
booking dulu lor...

Sesiapa nak oder leh g blog

Wednesday, October 6, 2010

Shopping Lagi...

Adesss berkenan pula dengan kotak kat bawah ni.
Apa yang mummy nak isi dalam kotak ni ye...
Ish...takpe beli je dulu...nanti baru fikir nak
isi apa ye...
Sesiapa yang nak beli kotak ni boleh ke blog Shaza Living Decor.

(shida...zures pinjam gambar ni ye)

Pesanan dari mummy kalau nak ketip kuku jangan lupa ikut step dibawah ye..


Semoga jadi amalan kita.

Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...