Friday, April 13, 2012

DAH ADA RUMAH CANTIK TETAP NAK KAT POKOK...

Salam pagi Jumaat kawan-kawan.
Semoga gembira dan ceria-ceria selalu.

Hari ni mummy nak cerita pasal burung yang sibuk nak
buat sarang kat pokok bunga tiruan kat rumah mummy ni.


Dah beberapa hari mummy duk mengintai burung ni.
Rupa-rupanya dia buat sarang kat pokok ni...
Snap dekat sikit...nampakkan burung tu duk mematuk (eerk betul ke ayat ni)
Kesian juga bila melihatkan burung ni ulang alik mengambil
bahan (betul ke ayat ni??) utk buat sarang...
Bila pokok tu bergoyang sikit...sarang yang belum jadi tu jatuh bertaburan...

Juntaian panjang tu adalah bahan-bahan yang dia punggah...daripada
tak ada dah jadi panjang dah...

Apasal dia taknak buat kat sarang yang mummy sediakan ni ek...
Anak mummy pun tanya pertanyaan yang sama...

Hubby kata...sarang ni rendah sangat sebab tulah dia tak nak
buat sarang kat situ...takut kucing tangkap...
betul ke???
atau rumah burung tu cantik sangat hahahaha
Rumah burung tu hasil keras tangan adik mummy...
semuanya buat sendiri mula dari rumahnya hinggalah ke lukisannya..
kira oklah kan..
janji ada...

Wednesday, April 4, 2012

Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...