Projek hari minggu.
Sekadar projek kecil-kecilan aje...
Almari antik mummy ni umurnya dah lebih sepuluh tahun.
Mummy beli sewaktu mummy masih bekerja di Johor lagi,
mummy angkut sampai ke Shah Alam sebab mummy suka sangat
sebab kayunya yang berkualiti. Masa mula-mula beli dulu
mummy jadikan almari ni tempat untuk letak TV. Masa tu kat Johor
pakai pun TV box 29" yang besar gedabak tu. Bila tengok orang pakai TV LCD
masa tu memang la terbeliak biji mata.
Berpindah ke Shah Alam almari ni dah bertukar fungsi pula.
Masa tu duduk quartera...takde tempat nak letak pinggan mangkuk.
Mummy terpaksa jadikan ia tempat untuk meletakkan pinggan mangkuk mummy.
Kesian dia turun pangkat hehehe.
Berpindah pula dari kuarter ke rumah sendiri...
Almari ni tak tau mana nak letak dah...
Fikir punya fikir mummy letak kat bilik tamu jadi tempat letak
baju-baju mummy. Haisshhh macam-macam dah jasa dia...
Saat-saat minat english deco ni mummy dah berkira-kira nak
putihkan almari ni...so mummy keluarkan dari bilik letak pula
kat ruang tamu. Lagipun almari tv lama dah dipindahkan letak atas. Kononnya nak beli almari tv yang baru...so..
naik pangkat semula dia jadi almari TV. Hajat untuk memutihkan asik bertangguh-tangguh
saja. Lagipun koleksi putih tak banyak lagi. Kerusi kayu antik mummy pun masih belum
bertukar. So...biarlah dulu hinggalah ke hari ini...
Angkara askar mummy yang dua orang tu...
salah satu cermin telah pecah....aduyai...
Maka terjadilah kisah makeover ini....
Sebelum makeover
semasa proses makeover hehehe
menggunakan kertas pembalut buku sajork...
tengah fikir kat tengah2 tu nak letak apa
taraaa dah siap...
ok tak??? oklah buat sementara waktu ni...
kratif...tp kenapa tak letak paper wrap yg bunga2 ala english..musti lg lawooo..heeeee
ReplyDeleteMama Gee...kononnya ni baru nak testing ok ke tak. Just capai je apa yang ada kat rumah...pembalut buku anak mummy jadi mangsa. Nanti g kedai mummy beli kertas bunga2 corak henglish ek..
ReplyDelete