Tuesday, November 21, 2017

Mana Satu Pilihan Kalbu


Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang dah usha pusat jualan perodua untuk meninjau-ninjau spec mahu pun membuat pandu uji untuk kereta ni. Di sini cik manggis sertakan gambar-gambar 4 pilihan warna yang anda boleh pilih.










 




 
Ini harga-harga bagi korang yang berminat nak beli....so boleh lah kalau nak disesuaikan dengan kemampuan budget korang.
1.3 Standard G (transmisi manual): RM44,300
1.3 Standard G (transmisi auto): RM46,300
1.3 Premium X (transmisi auto): RM48,300
1.5 High (transmisi auto): RM51,800
1.5 Advance (transmisi auto): RM55,300
 
Apa-apa pun sebelum tu tanya dalam diri dulu...
adakah ini
 
KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?
 
fikir-fikirkan


Monday, November 20, 2017

Program Jom Serah Haiwan

Assalamualaikum.

Hebahan untuk penduduk-penduduk sekitar Shah Alam.
Program 
JOM SERAH HAIWAN - ANDA TAK MAHU KAMI TERIMA.
( Kucing & Anjing )

Program ini adalah salah satu inisiatif MBSA dalam mengawal populasi anjing berkeliaran.
Bagi yang mempunyai haiwan-haiwan ini bolehlah diserahkan ke Pusat Tahanan Haiwan (PUSTAWAN) Stor Seksyen 17, Shah Alam. Pada 20hb November 2017 hingga 18 Mei 2018. 
Masa 2.30 petang - 4.30 petang.

Saturday, November 18, 2017

Tahniah Adib Izzara

Alhamdulillah.
Akhirnya seorang lagi artis telah selamat diijabkabulkan. Sekalung tahniah buat Adib dan Izzara Aisyah kerana dengan rasminya telah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga berbahagian dan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Tahniah juga buat Datuk K dan Tok Ti kerana dapat menantu.





Dalam duk sibuk sibuk baca ucapan tahniah dari peminat izzara....ada juga beberapa kerat yang duk bercerita tentang  selendang yang izzara pakai. Eh...korang ni kenapa? Majlis dia...biarlah dia nak pakai camana pun. Rasanya kalo nak suruh korang yang mengata tu beli selendang tu pun korang tak mampu kut. Pada aku senang je...kalau sesuatu tu di pandang dengan positif maka positiflah dia dan begitulah sebaliknya. Bila melihat sesuatu yang pasitif doakanlah...agar jadi lebih positif. Yang tak kena dimata korang pendamkan jelah...tak yah nak luah dan cari geng pulak untuk jadi nasi tambah.

Semoga pernikahan Adib dan Izzara mendapat keberkatan dari Allah dan dikurniakan cahayamata yang comel nanti.

Sekian.

#andarasasayaadamasauntuksakitkepala

Wednesday, November 15, 2017

Tutorial Memasukkan Gambar Instagram Ke Blog

Assalamualaikum.
Malam ni  cik manggis nak tunaikan satu permintaan dari seseorang yang bertanyakan bagaimana cik manggis kongsikan gambar-gambar instagram di blog cik manggis.

Untuk info cik manggis menggunakan apps SnapWidget. Klik je...

Step 1 : 
Buka akaun Snapwidget. Boleh daftar guna alamat email atau facebook.

Step 2 : 
Log in ke snap widget dan keluar macam gambar di bawah ni


Step 3:
Buat pilihan jenis yang macamana korang nak. Ada beberapa jenis...so korang pilihla sendiri mengikut kesesuaian blog korang.


Step 4:
Lepas buat pilihan korang klik pulak edit widget yang ada kat bawah yang korang pilih tadi.


Step 5:
Masukkan nama ig korang dan apa juga yang diminta kat situ dan klik update widget.

Step 6:
Lepas klik update widget tadi...korang copy widget tu dan masukkan ke Widget blog korang. Korang boleh pegi kat Layout -add gadget-pilih HTML/Java. Dah klik dan 
Dah paste kat situ...then save...
Taraaaaa siap.

Sekian...semoga bermanfaat untuk semua.

Sunday, November 12, 2017

Friday, November 10, 2017

Taman Mini Ku

Begini lah kejadiannya. Taman mini yang lama ku tinggalkan. Laman yang hanya sekangkang kera terbiar sepi. 3 kuntum cik purple penyeri wajah....sejuk hati bila melihat. Insyaallah...akan ku bangkit kembali.. ke taman yang sepi.
Hahaha jiwang pulak...


Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...