Tuesday, November 21, 2017

Mana Satu Pilihan Kalbu


Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang dah usha pusat jualan perodua untuk meninjau-ninjau spec mahu pun membuat pandu uji untuk kereta ni. Di sini cik manggis sertakan gambar-gambar 4 pilihan warna yang anda boleh pilih.










 




 
Ini harga-harga bagi korang yang berminat nak beli....so boleh lah kalau nak disesuaikan dengan kemampuan budget korang.
1.3 Standard G (transmisi manual): RM44,300
1.3 Standard G (transmisi auto): RM46,300
1.3 Premium X (transmisi auto): RM48,300
1.5 High (transmisi auto): RM51,800
1.5 Advance (transmisi auto): RM55,300
 
Apa-apa pun sebelum tu tanya dalam diri dulu...
adakah ini
 
KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?
 
fikir-fikirkan


Monday, November 20, 2017

Program Jom Serah Haiwan

Assalamualaikum.

Hebahan untuk penduduk-penduduk sekitar Shah Alam.
Program 
JOM SERAH HAIWAN - ANDA TAK MAHU KAMI TERIMA.
( Kucing & Anjing )

Program ini adalah salah satu inisiatif MBSA dalam mengawal populasi anjing berkeliaran.
Bagi yang mempunyai haiwan-haiwan ini bolehlah diserahkan ke Pusat Tahanan Haiwan (PUSTAWAN) Stor Seksyen 17, Shah Alam. Pada 20hb November 2017 hingga 18 Mei 2018. 
Masa 2.30 petang - 4.30 petang.

Saturday, November 18, 2017

Tahniah Adib Izzara

Alhamdulillah.
Akhirnya seorang lagi artis telah selamat diijabkabulkan. Sekalung tahniah buat Adib dan Izzara Aisyah kerana dengan rasminya telah menjadi pasangan suami isteri yang sah. Semoga berbahagian dan rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Tahniah juga buat Datuk K dan Tok Ti kerana dapat menantu.





Dalam duk sibuk sibuk baca ucapan tahniah dari peminat izzara....ada juga beberapa kerat yang duk bercerita tentang  selendang yang izzara pakai. Eh...korang ni kenapa? Majlis dia...biarlah dia nak pakai camana pun. Rasanya kalo nak suruh korang yang mengata tu beli selendang tu pun korang tak mampu kut. Pada aku senang je...kalau sesuatu tu di pandang dengan positif maka positiflah dia dan begitulah sebaliknya. Bila melihat sesuatu yang pasitif doakanlah...agar jadi lebih positif. Yang tak kena dimata korang pendamkan jelah...tak yah nak luah dan cari geng pulak untuk jadi nasi tambah.

Semoga pernikahan Adib dan Izzara mendapat keberkatan dari Allah dan dikurniakan cahayamata yang comel nanti.

Sekian.

#andarasasayaadamasauntuksakitkepala

Wednesday, November 15, 2017

Tutorial Memasukkan Gambar Instagram Ke Blog

Assalamualaikum.
Malam ni  cik manggis nak tunaikan satu permintaan dari seseorang yang bertanyakan bagaimana cik manggis kongsikan gambar-gambar instagram di blog cik manggis.

Untuk info cik manggis menggunakan apps SnapWidget. Klik je...

Step 1 : 
Buka akaun Snapwidget. Boleh daftar guna alamat email atau facebook.

Step 2 : 
Log in ke snap widget dan keluar macam gambar di bawah ni


Step 3:
Buat pilihan jenis yang macamana korang nak. Ada beberapa jenis...so korang pilihla sendiri mengikut kesesuaian blog korang.


Step 4:
Lepas buat pilihan korang klik pulak edit widget yang ada kat bawah yang korang pilih tadi.


Step 5:
Masukkan nama ig korang dan apa juga yang diminta kat situ dan klik update widget.

Step 6:
Lepas klik update widget tadi...korang copy widget tu dan masukkan ke Widget blog korang. Korang boleh pegi kat Layout -add gadget-pilih HTML/Java. Dah klik dan 
Dah paste kat situ...then save...
Taraaaaa siap.

Sekian...semoga bermanfaat untuk semua.

Sunday, November 12, 2017

Friday, November 10, 2017

Taman Mini Ku

Begini lah kejadiannya. Taman mini yang lama ku tinggalkan. Laman yang hanya sekangkang kera terbiar sepi. 3 kuntum cik purple penyeri wajah....sejuk hati bila melihat. Insyaallah...akan ku bangkit kembali.. ke taman yang sepi.
Hahaha jiwang pulak...


Thursday, January 31, 2013

Cik polkadot

Dah lama tak update...tiba tiba hari berminat nak kongsi koleksi terbaru mummy...

Sunday, December 23, 2012

Deko lama....

Bila tengok deko deko lama ni seronok juga. Ingat lg masa gambar ni diambil...mummy baru je pindah rumah dan baru mula berjinak-jinak dengan english deko yang sememangnya mummy minat. Masa mula2 masuk rumah...deko pakai apa yg ada je....sekadar beli apa yang patut je...takmo membazirlah katakan....

Saturday, December 1, 2012

Di sudut jendela ku...


Nak tau cerita disebalik 2 buah kerusi ni????
Hahaha  wat gempak je kan mummy ni. Tak tau lah apa nasib
2 buah kerusi ni...ini dah kali ke berapa ia dipindahkan. Kejap 
Kat bawah kejap kat atas...
Kejap kat luar kejap kat bilik..
Cik hubby pn dh tak komen apa2 lagi....dah sedia maklum agaknya  akan perangai sang isteri...
Hanya orang2 yang sehaluan dengan mummy sahaja yang tahu perasaan tu...
Hai 2 buah kerusi....harap2 lamalah
Ko duduk kat sini ye...

Tuesday, November 13, 2012

Saja saja deko

 
Cuti sempena deepavali. Tak tahu apa nak buat...lap sana lap sini..
Alih sana alih sini....sikit-sikit je ekkk nanti semput...
HAPPY DEEPAVALI

Wednesday, November 7, 2012

Salam pagi rabu



Cantik tak gambar kat atas tu? Pada mummy memang cantik sebab ianya bertepatan dengan warna kasukaan  mummy. Çuma mummy masih belum ada keberanian je untuk mengaplikasikannya...takut tak kena dengan tema....Apa apapun mummy tetap suka...gambar ni dr majalah Anjung Seri Nov 2012. Sapa sapa nak beli boleh beli ye....dah ada dipasaran sekarang.

Friday, October 5, 2012

SIMPLE MAKOVER


Salam pagi Jumaat ya...
Semoga Jumaat ini memberi penuh keberkatan dalam hidup kita. Amin...

Just nak share simple makeover yang mummy lakukan
pada lampu kat rumah. Nak beli chadilier yang cantik-cantik dan
mahal tu belum berkemampuan lagi...so inilah yang mummy lakukan...


Lampu asal yang simple...


yang ni bila dah ditambah accessories...
orang lain ada gantung-gantung macam tu mummy pun nak juga...
nak beli poket tengah nipis...sooo
beginilah hasilnya....dengan kos yang sedikit...
okla.....janji hati mummy senang..ye tak...


Ni whistlist mummy yang belum kesampaian lagi...
3 tier ni...walaupun tak semahal mana tapi mummy kena
kumpul duit juga hahaha
Tunggu duit nuffnang sampai la ek...
Masih ada lagi cek yang belum sampai....


Tak sabar rasanya nak tengok barang dari UK sampai...lalalalala

Monday, September 24, 2012

Saja-saja update koleksi terbaru

Selamat malam kawan-kawan deko mummy.
Dah lama rasanya tak update.Sejak akhir-akhir ni
idea untuk mengupdate memangla takde.
Idea memang dah kering sangat-sangat hinggakan nak tulis satu ayat pun
rasa macam susah.

Malam ni mummy paksa juga perah idea...macam perah santan pulakkan hehe.
Saja nak tunjuk diy mummy yang terbaru...dulu tempat ni mummy
gantung langsir nipis...sekarang mummy dah tukar dengan
benda ni...entah apa nama dia...
mummy beli satu gulung rm30 saje dan dapatlah sikit ni...

Kena beli lagi sebab nak rapatkan sikit jarak dia. 
Sekarang ni jaraknya jauh sikit....
Nak beli string curtain pun tak terbeli lagi...

Ini untuk langsir dapur (cafe curtain) bahagian bawah je tau.
Yang atas belum beli lagi so takleh nak gantung sbb nanti
tak matching...atas lain bawah lain. Lagipun rod kecik untuk
gantung langsir ni belum jumpa lagi. Sapa2 yang jual rod tu tolong
contact mummy ye....haruslah mummy nak beli....

Ini pula meja yang adik mummy belikan. Mummy bg duit dan minta tolong
dia belikan. Jauh tu beli kat romantika di Kelantan sana. Kat Shah Alam ni
romantikanya dalam shopping compleks memang payahla kalo nak minta
cik hubby yang tolong angkatnya sampai ke parking lot.

Sarung kusyen ni pula beli kat giftmine pkns.
Setiap kali g pkns tak sah kalo tak ke kedai ni.
Bila kesana duit mesti melayang punya...

So kawan-kawan...itu jelah yang mummy boleh katakan malam ni...
semoga jumpa lagi ye...
Selamat Malam n bye..bye..

Monday, August 27, 2012

Suka suki deko raya

Takde apa pun yang menarik...
namun mummy bahagia di sini...
mummy gembira di sini...





Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...