Thursday, September 8, 2011

Deko Rumah Kat Kampung

Selamat Datang...

Antara deko rumah kat kampung.
Rumah ni dah jadi rumah adik mummy.
Arwah mak dan ayah dah amanahkan rumah ni
untuk dia. Di sinilah tempat kami semua berkumpul
tatkala balik kampung. Di sini terlalu banyak kenangan.
Mummy membesar di rumah ni...ayah, mak, nenek dan
abang ipar juga pergi di rumah ni...

Terimakasih buat adik mummy tersayang
sebab berjaya menjaga rumah ni sebaik yang mungkin.

Meja konsol

Ruang tamu 1

Sudut sebelah tangga

Sudut bacaan


Ruang tamu 2...

Itu je ye...nanti sambung lagi...gambar juadah ke ape tak sempat nak
ambil gambar...

Tuesday, September 6, 2011

Kembali Bersiaran

SELAMAT HARI RAYA KAWAN-KAWAN
MAAF ANDAI MUMMY ADA TERSALAH KATA TERKASAR BAHASA
SEPANJANG BERSIARAN DI DALAM BLOG INI YA...


Hari ni mummy dah mula kerja...
penat balik kampung pun belum hilang lagi...
kain baju pun masih berlonggok...
ni tengah mengumpul semangat untuk kerja...
dah lama cuti ni...nak memulakan kerja pun rasa malas dah...

JUMPA LAGI YA...

Monday, August 22, 2011

Ngoder Lagi

Salam pagi Isnin...
Bersiaran lagi ye...
Bekas kuih raya ni dah lama mummy idamkan. Jenis bunga royal garden.
Suka sangat ngan bunga ros halus-halus ni...


Oder online je...lagi pun bekas ni susah nak dapat stok...
kali ini mummy berjaya mendapatkannnya...
Insyaallah hari ini atau besok sampailah...
Erk...nak isi kuih apa ek...tahun ni mummy tak buat kuih
dan tak oder kuih pun...

Mana Satu Pilihan Kalbu

Seperti yang kita tahu bahawa Kereta Myvi Baru telah pun dilancarkan pada 16 November 2017 yang lepas. Menarik bukan??? Pasti ramai yang ...